Sunday, April 4, 2010

Wedding Cake & Door gift - Liza Part II

Liza juga order 4 tiers wedding cake untuk acara memotong kek bertemakan fresh flower warna merah-pink dalam majlis makan damai. Liza nak design sama macam dalam entry Lina tapi ada sikit ubah suai dilakukan - thanks Lina. Majlis perkahwinan ni memang segala-galanya bertemakan warna hijau-putih tapi kek ni sengaja dibuat warna lain biar nampak 'timbul' sikit. Berdebar juga nak buat 4 tiers cake ni maklumlah inilah first time buat wedding cake bertingkat-tingkat. Memang 2-3 malam tak nyenyak tidur dibuatnya memikirkan boleh ke aku buat ni... sampai termimpi2 kek tumbang, tapi alhamdulillah berkat sokongan dan bantuan dari hubby dan juga tips2 berguna dari Lina akhirnya sempurna juga kek ni. Terima kasih banyak ya Liza..harap Liza berpuashati.

1st tier - chocolate moist cake layer with ganache
2nd tier - blueberry sponge cake layer with blueberry filling
3rd tier - cupcake with vanilla flavour
4th tier - chocolate moist cake layer with ganache








sebahagian daripada cenderahati dari pihak pengantin
semuanya bertemakan hijau putih(cupcake ku ada dlm kotak tu)
kanak2 pulak dapat teddy bear + coklat




Wedding Cake & Door Gift - Liza Part I

Terima kasih banyak2 kepada Lina-Cuppies 4U yang telah forward tempahan ini kepada saya disebabkan Lina akan memulakan tugas barunya di Putrajaya. Good luck ya Lina..

Tempahan cupcake door gift sebanyak 300 cups ini adalah dari Liza (JPS Muar) untuk majlis perkahwinan abangnya di Felda Redong. Liza nak warna tema hijau-putih untuk door gift ni. Nantikan wedding keknya pulak lepas ni dalam Part II....







Birthday cake - Ahmad Hafizi

Buat pertama kalinya tempahan datangnya dari kaum Adam. Ahmad Hafizi dari Terengganu order birthday kek untuk girlfriendnya di UTHM. Nak tema warna pink sebab Nur Salwa ni suka warna pink katanya. Thanks Ahmad Hafizi..








Birthday cake - Cikgu Norhayati

Cikgu Norhayati tempah choc moist cake dan kek birthday untuk makan2 bersama guru-guru di SK Limpoon 2. Terima kasih ya cikgu & Happy Birthday..










Chocolate Moist Cake - Cikgu Rohani

Cikgu Rohani dari SK Limpoon 2 order 1 kg choc moist cake. Terima kasih cikgu.



Friday, March 26, 2010

Cupcake Hello Kitty - Lil

Lil dari Tmn Bukit Perdana order cupcake tema hello kitty untuk dibawa ke tadika anaknya Umira Faeqah di Tadika Puncak Ledang sempena birthdaynya yang ke 4 tahun. Thanks ya Lil harap Lil berpuashati.




30 cups (s)
vanilla & blueberry flavour
buttercream frosting


Cupcake - Anne

Anne tempah cupcake tema bola sepak M.U untuk kawannya. Edible image logo MU tu sebenarnya dah blurr tapi disebabkan dah kesuntukan masa, sebab Anne buat tempahan dalam masa satu hari je, tak sempat nak order tapi Anne nak jugak logo tu jadi saya terpaksa pakai jugak. Akak kasi discount sikit lah ye.. Terima kasih ya Anne


9 cups (S)
chocolate moist flavour
buttercream frosting & edible image

Plain cupcake - Dewi

Dewi dari BP order plain cupcake chocolate moist flavour with ganache filling. Thanks Dewi.





Friday, March 12, 2010

Muffin & Hantaran - Cikgu Ain

Cikgu Ain (STA) order 300 biji muffin, cupcake dan kek hantaran untuk majlis perkahwinannya. Cikgu Ain nak warna tema krim & hijau untuk cupcake dan untuk kek dari pihak lelaki pula warna putih kuning. Sebelum ni Cikgu Ain pernah order untuk majlis pertunangannya. Lepas ni tunggu order untuk anniversary pulak... :D. Terima kasih banyak2 ya..



1kg chocolate moist
topping with choc ganache & bc deco


25 cups (S)
vanilla flavour
buttercream frosting

300 biji muffin choc chips




Cupcake - Cikgu Maya

Cikgu Maya dari STA order cupcake untuk makan berdamai di majlis perkahwinannya. Terima kasih...



50 cups (M)
chocolate moist flavour
buttercream frosting




Tuesday, March 9, 2010

Cupcake - Kak Selin

Kak Selin order lagi.. Kali ni cupcake ni khas untuk suaminya yang memang minat dengan MU & Chelsea sempena hari ulang tahunnya. Terima kasih..



25 cups (S)
chocolate moist flavour
buttercream frosting


Monday, March 8, 2010

Cupcake - Nieja

Nieja dari UTHM order cupcake tema bola sepak untuk kawannya. Nieja nak deco yang ada bola, jersi, whistle, kad merah & kuning. Agaknya kawan Nieja ni pengadil bola sepak kot.. Apa-apa pun terima kasih ya Nieja..




16 cups
chocolate moist flavour
buttercream frosting



Marble Cheese Brownies - Hasneyza

Hasneyza dari Sek. Men. Agama Parit Raja tempah marble cheese brownies untuk di bawa balik ke kampungnya di Parit Jawa. Terima kasih ya Hasneyza..



Kek Birthday - Zara (Sharp)

Zara dari Sharp order kek birthday untuk ibunya. Thanks Zara.



1kg chocolate moist cake
topping with chocolate ganache



Cupcake - Kak Selin

Kak Selin dan rakan2 sepejabat order cupcake untuk kawannya Ding yang akan menamatkan perkhidmatannya di SHARP. Thanks ya kak..


16 cups (s)
chocolate moist flavour
buttercrream frosting


Saturday, February 27, 2010

Wedding Cake - Eka

Tempahan wedding cake ni datangnya dari Eka dari Parit Raja untuk majlis perkahwinannya. Eka order kek ni untuk majlis di rumah pengantin lelaki di Taman Megah, Batu Pahat. Eka nak design sama macam kek hantaran Yati dalam entry saya yg lepas dan nak warna putih biru juga.
Masa hantar tadi adik pengantin lelaki sungguh2 suruh saya dan hubby makan dulu. Segan jugak orang jemputan belum datang kita dah rasmikan dulu. Tapi sedap jugak makan nasi jagung panas2 lagi. Terima kasih banyak2 ye Eka & Selamat Pengantin Baru...













Friday, February 26, 2010

Cupcake - Faizah

Faizah dari Penang order cupcake untuk birthday adik sepupunya Mu'izz yang memang minat dengan kereta hot wheels. Tadi pagi-pagi dah hantar ke rumahnya di Taman Soga. Mui'izz yang sambut. Memang ceria je Mui'zz ni.. Thanks Faizah.




9 pcs (S)
chocolate moist flavour
buttercream frosting



Wednesday, February 24, 2010

Cupcake - Aisyah IPTHO

Aisyah dari IPTHO order cupcake untuk birthdaynya. Nak celebrate dengan kawan2 katanya. Aisyah nak deco bunga2 warna purple & kuning. Nama glamournya Mc Chah. Terima kasih Aisyah... & Happy Birthday..



25 pcs (M)
Chocolate moist flavour
Buttercream frosting
Yang ni pulak lebihan cupcake, saya toppingkan dengan choc ganache untuk makan2. Anak2 saya ni lebih suka chocolate dari kek yang berkrim. Sekejap je dah licin...



Friday, February 19, 2010

Kek Birthday Ayahanda

Kek chocolate moist sempena ulang tahun ayah saya yang ke 75. Semoga sentiasa sihat, panjang umur dan dimurahkan rezeki ayah...




Sunday, February 14, 2010

Peringatan..peringatan...

Assalammualaikum dan salam sejahtera... (cewahh...macam nak bagi ucapan je..) Saya ingin mengingatkan kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan agar dapat berbuat demikian 1-2 minggu lebih awal atau kalau boleh sebulan untuk tempahan yang banyak dari tarikh yang dikehendaki, terutama sekali pada musim cuti sekolah atau public holiday. Ini adalah kerana dikhuatiri akan berlaku pertindihan order pada hari2 yg dikehendaki.

Saya juga ingin memohon maaf kepada mereka (3-4 orang) yang telah menelefon saya tempoh hari untuk membuat tempahan tapi saya terpaksa menolak kerana terdapat banyak tempahan untuk hari sabtu dan ahad (cuti raya cina). Kesemuanya call hari ni dan nak besok, memanglah saya tak sempat. Minta maaf banyak2 ya.

Cupcake - Siti UTHM

Siti dari UTHM order cupcake birthday untuk kawannya yang merupakan seorang photographer. Sebenarnya birthday kawannya ni lama lagi tapi Siti nak kasi awal sebab pada hari lahirnya nanti Syafiq ni tak ada kat sini. Thanks ya Siti. Harap Siti puashati ya..



16 cups (M)
chocolate moist cake
buttercream frosting