Saturday, December 26, 2009

Cupcake Anniversary - Farhana

Farhana dari Taman Beroleh order cupcake sempena anniversary ibubapanya pada 25hb. Farhana nak deco yang colourful dan comel. Comel tu macam mana ek?? Harap Farhana puashati ya. Thanks Farhana.


Set of 49 (M) cupcakes
Choc moist cake
Buttercream frosting

20 cups (S) untuk makan2
1 cup lagi saiz M utk cukupkan 70 cups semuanya
choc moist cake
buttercream frosting




Cuti-cuti Malaysia I

Hai,... Lama tak update blog nie.. Saya dan family baru balik bercuti pada hari Rabu 23hb. Antara gambar2 kami masa percutian haritu.. Kami check in di Suria Service Apartments di Bukit Merah Laketown Resort.


Gambar di swimming pool apartment.


Cuti-cuti Malaysia II

Besoknya pagi2 lepas breakfast kami pergilah ke waterpark, mandi2. Gambar masa kat waterpark tak dapat ambik sebab semuanya mandi. Lepas tu sebelah petang kami naik skylift. Naik gilir2 sebab Puteri belum layak untuk naik skylift tu. Gayat jugak naik..


Hubby dan Syahmi masa nak mendarat. Si Syahmi ni rilek je.. tak takut pun,
dia dapat naik 2 kali sbb kali ke 2 tu org yg jaga tiket tu kasi naik lagi free.
Gambar saya naik skylift ni tak dpt nak upload sbb tak clear hu..hu.. hu...

Di ecopark.

Ni gambar masa kat mini safari di Zoo Melaka.


Cuti-cuti Malaysia III - Muzium Perak

Masa ni kat muzium Perak. Tak banyak dapat tengok sebab muzium ni tengah dalam proses renovation.
Masa perjalanan balik tu kami singgah di Melaka. Kami pergi ke Zoo dan Planetarium. Masa kat planetarium tu kebetulan dah dekat waktu tayangan 3D, kami pun terus le masuk bilik tayangan dia. Punyalah sedap duduk kat kerusi die .. tak taulah nak cakap duduk ke baring ke... tapi bila kita duduk dgn sendirinya sit tu terbaring dan kita akan tengok tayangan tu kat siling kubahnya (betul tak ayat aku ni..). Masa mula2 tu best jugak lah tengok, tapi lama2 sedar2 bilik tu dah terang dan orang ramai dah mula bangun nak keluar bilik tu.. rupa2nya saya tertidur tadi. Bila saya tengok kiri kanan hubby dan anak2ku semuanya tertidur. Punyalah malu.. sampai orang kat kerusi depan tu cakap sambil tengok anakku PU3 "nice sleep". Mana taknya badan tengah penat travelling dari Perak, kena pulak tu masuk bilik air cond, baring, gelap pulak tu, memanglah tertidur...




Saturday, December 19, 2009

Cuti-cuti Malaysia...

Dimaklumkan bahawa Leeza Cake House akan ditutup selama seminggu dari 20/12/2009
(macam tutup kedai pulak..). Saya dan keluarga akan pergi bercuti ke Bukit Merah Lake Town
Resort, Perak dan beberapa tempat lain lagi.
Jom... cuti-cuti Malaysia...

Muffin 1300pcs - Aly

Aly dari Pasir Gudang tempah 1300pcs muffin choc chips & pandan kelapa untuk majlis perkahwinan adiknya di Parit Raja. Terima kasih banyak2 Aly..







Friday, December 11, 2009

Hantaran Pertunangan - Ain

Cikgu Ain dari STA menempah cupcake hantaran pertunangannya yang akan berlangsung pada 12-12-2009. Ain bagi sample gambar deco cupcake yang dia nak dan warna tema merah-putih. Ain juga tempah 2kg chocolate moist cake dengan deco yang simple juga untuk hantaran bagi pihak lelaki dan muffin chocolate chip sebanyak 100 pcs. Thanks ya Ain... dan Selamat Bertunang.


25pcs (S) cupcake - chocolate moist
Topping - Buttercream


2kg chocolate moist cake
Topping & layer with chocolate ganache


100pcs muffin chocolate chip


Wednesday, December 9, 2009

Marble Cheese Brownies - Cikgu Khairizan

Cikgu Khairizan dari STA order marble cheese brownies. Thanks cikgu...



Friday, December 4, 2009

Muffin - Sara

Muffin chocolate chip sebanyak 500 pcs ditempah oleh Sara dari Selangor untuk majlis perkahwinan adiknya di Seri Medan. Terima kasih banyak2 Sara.


Suami dan anak-anak sama-sama tolong packing muffin.
Apa yang penting.... kerjasama....