Wednesday, July 29, 2009

Cupcake Birthday - Kak Shalin

Kak Shalin order cupcake untuk birthday anaknya Hazira yang ke 8, untuk makan-makan sekeluarga. Happy Birthday Hazira.


Cupcake strawberry flavour
Buttercream frosting

Sebenarnya hari ni Kak Nor juga order puding karamel tanpa telur 2 set. Tapi disebabkan dah petang dan berkejar masa nak hantar ke rumahnya dan ambil anak balik sekolah, terlupa nak snap gambar pudingnya. Sorry ye Kak Nor.. tak dapat nak post gambar kat sini.

Monday, July 27, 2009

Puding Karamel Tanpa Telur

Puding karamel tanpa telur ni untuk sesapa yang suka makan puding tapi tak suka telur. Saja buat untuk makan-makan. Buat dua acuan, 1 untuk makan2 satu lagi bawakan untuk Ayah dan Mak Wan.


Rich Chocolate Moist Cake

Chocolate Moist Cake ni diorder oleh kakak ipar saya yang buat kenduri pada hari Ahad. Kak Mah order 3 biji kek Choc Moist without topping. Salah satu kek tu tercedera sikit kat permukaan atasnya semasa saya keluarkan dari loyang, sori eh.. Kak Mah.


Plain cupcake - Kak Nor

Kak Nor order plain cupcake 12 choc moist & 12 vanilla with choc chip untuk jirannya yang buat kenduri doa selamat pada hari Sabtu. Pada hari Sabtu tu, Kak Nor ada jemputan kahwin di JB dan dia minta saya hantarkan ke rumah jirannya, Cikgu .....(lupa lak namanya). Thanks Kak Nor.



Saturday, July 18, 2009

Kek Marble & Plain cupcake

Kak Nor boleh dikatakan setiap minggu order dengan saya. Minggu lepas Kak Nor order Kek Marble Mocha dan minggu ni Kak Nor order plain cupcake untuk dibawa ke Melaka, anaknya Fathiah yang sekolah di MRSM Melaka nak jamu kawan-kawannya. Thanks Kak Nor.




Sunday, July 12, 2009

Cupcake - Kak Shalin

Order dari kakak saya Kak Shalin untuk kenduri keluarga suaminya dan sempena hari lahir anaknya Hamizah. Kak Shalin order 60 cupcake & deco simple je.


60 cupcake choc moist flavour
Buttercream frosting

Kek Marble

Kek Marble Mocha ni saja buat utk makan-makan petang. Dapat resepi dari internet. Selalunya kita makan kek marble perisa pandan, strawberi, coklat tapi ini rasa mocha. Rasanya sedap dan sangat moist.


Sunday, July 5, 2009

Repeat Order - Kak Nor

Repeat order dari kak Nor untuk stok kat rumah katanya. Kak Nor order cuppies deco campur2. Anaknya Ghazi nak cupcake yang ada clown macam dalam post saya yang lepas. Masa saya hantar, lupa nak pesan yg edible image tu tak boleh simpan dlm fridge nanti warna dia kembang. Jadi saya sms kat Kak Nor beritahu dia, dia jawab image tu dah kembang dalam perut Ghazi. Gelihati ku dengar....



6 cups choc moist - choc ganache frosting
9 cups vanilla flavour -6 buttercream frosting & 3 edible image