Monday, July 26, 2010

Cupcake Spongebob - Eryn

Eryn dari Selangor order 16 pcs cupcake tema Spongebob & Patrick untuk teman istimewanya Hafiz. Thanks Eryn..



16 cups (s)
chocolate moist flavour
buttercream frosting


Saturday, July 17, 2010

Raya Cookies For Sale

Tempahan untuk cookies sempena Hari Raya dibuka sekarang.. Sila call/sms/email saya pada bila-bila masa untuk tempahan.


Biskut Sampan
50 pcs - RM22.00

Chocolate Tart
50 pcs - RM30.00


Almond London
5o pcs - RM22.00


Chocolate Treasure
50 pcs - RM22.00


Suji Badam
50 pcs - RM14.00


Samperit
50 pcs - RM14.00


Blueberry Cheese Tart
50 pcs - RM30.00

Thursday, July 15, 2010

Wedding Cake - Siti

Siti order wedding cake untuk majlis perkahwinannya di Parit Yaani, Yong Peng. Siti nak wedding cake satu tingkat tapi yang bersaiz besar dan simple deco. Warna tema putih + peach. Harap Siti berpuashati ya.. Thanks Siti..





Chocolate Moist Cake - Diyana

Terima kasih kepada Diyana yang telah menempah 1 kg chocolate moist cake.





Saturday, July 10, 2010

Wedding Cake - Kak Norli

Kakak saya, Kak Norli order wedding cake untuk dihadiahkan pada majlis perkahwinan anak rakan sepejabatnya Puan Kalsom Osman di Muar. Warna tema putih merah. Thanks ya Kak Norli, harap Kak Norli berpuashati ya.. Terima kasih juga pada Farah (anak kak norli-jual cistat kat Muar, sapa2 yang tinggal kat Muar kalau nak oder tu bolehlah calling2 Farah 013-3828403) sebab tolong temankan makcunya ni masa nak susunkan kek & cupcake dan tolong ambik gambar ni.




1st tier - 2.5 kg buttercake vanilla
2nd tier - cupcake vanilla flavour
3rd tier - sponge cake vanilla


Friday, July 9, 2010

Order from Sabah - Azlina

Tempahan ni datangnya dari Azlina yang bertugas di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah. Azlina order cupcake & marble choc cheese cake ni untuk keluarga tersayang di Parit Haji Bajuri, terutama sekali adik bongsunya Nisa' yang tengah demam. Surprise betul mak dan adik2 Lina masa saya hantar haritu. Semoga dengan kiriman kek & cupcake dari Lina dapat menceriakan mereka setelah pemergian ayahnya yang tersayang. Thanks Azlina..







Birthday cake & cupcake - Hanim

Birthday cake & cupcake ni diorder oleh Hanim bagi pihak kawannya (lupa nak tanya namanya..). Terima kasih Hanim & friends..