Tuesday, June 29, 2010

Wedding Cake - Intan

Intan dari Simpang Lima order wedding cake bertemakan warna biru turqoise dan putih untuk majlis perkahwinan adiknya pada 26-06-2010. Sebenarnya pada hari tersebut saya telah menerima berita tentang permergian abang saya di HBP, jadi saya terpaksa hantar awal sikit kek ni ke rumah keluarga Intan dan tak dapat nak susunkan kek & cupcake di meja pengantin disebabkan saya perlu bergegas ke Sri Medan pulak untuk hantar wedding cake jugak (entry akan menyusul kemudian sebab tunggu gambar dari pengantin) dan minta Intan tolong susunkan dan ambil gambar sekali. Jadi, terima kasih banyak2 ya Intan di atas tempahan ni dan pertolongan Intan sehingga akak dapat gambar ni dari Intan.

email dari Intan : tq kak leeza buatkn kek wedding utk adik tu..ni jerk dapat amek 3 gambar coz ms nk amek,pengantin pun smpai...
anyway kek memg cantek sgt2 n cute..rasa pun sdp..puas hati..oh yerk..slm tahziah ats pemergian abg akk ari2..



Gambar2 yang sempat saya snap di rumah sebelum pengahantaran ke rumah pengantin



Cupcake - Hanim

Sekali lagi Hanim order birthday cupcake untuk kawannya, Suhana. Terima kasih Hanim..


9 cups M
choc moist flavour
buttercream





Birthday cake - Farah

Farah dari Taman Soga order kek birthday untuk orang yang tersayang... Farah nak deco macam dalam entry saya yang lepas. Banyak kali saya tanya betul ke nak tulis nama ...... tu. Farah kata betul, saja nak kenakan sidia.. Bukannya apa takut saya tersilap dengar je.. Anyway, thanks ya Farah.



Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day Cake - Azie

Azie order 2kg chocolate moist cake topping with choc ganache untuk bapa tersayang. Thanks Azie..




sebelum deco - memang kilat & licin choc ganache ni hinggakan boleh dibuat cermin :D



Friday, June 18, 2010

2 in 1 cake - Norizawati

Norizawati order birthday cake untuk anak2nya Afiq dan Qiha yang mana tarikh lahirnya pada bulan Mei dan sorang lagi pada bulan Jun. Jadi buat satu kek sekali untuk 2 orang. Senang kan.. Norizawati juga order 1kg chocolate moist cake untuk makan2. Terima kasih Norizawati..








Cupcake Hantaran - Yuzie

Yuzie dari Taman Limpoon order cupcake with strawberry sebanyak 17 cups untuk hantaran pada majlis pernikahannya. Thanks Yuzie..




chocolate moist flavour
ganache + buttercream
strawberry



Sunday, June 13, 2010

Terima kasih banyak2 pada Haja dari Taman Nira yang telah menempah cupcake hantaran untuk majlis perkahwinannya. Haja order 25 pcs cupcake warna tema coklat untuk dari pihakya, dan 25 pcs warna tema hijau untuk dari pihak lelaki. Haja nak cupcake hantaran siap masuk box & riben. Harap Haja berpuashati ya... Haja juga order 400 pcs muffin chocolate chips packing with golden box.









Cupcake Doorgift - Ida

Ida dari Taman Pantai order 150 pcs cupcake untuk doorgift di majlis perkahwinannya pada 13/6. Ida nak warna tema pink putih. Thanks Ida..










Cupcake - Along & Hanim

Along & Hanim order cupcake untuk birthday anak sedaranya, Syiera. Terima kasih ya..


9 cups (M)
chocolate moist flavoour
buttercream frosting

Muffin - Intan

Intan dari Simpang Lima order muffin 30 pcs chocolate chips & 30 pcs bluebery untuk majlis keduri di rumahnya. Thanks Intan..



Tuesday, June 8, 2010

Birthday cake - Syareana

Sehari selepas majlis perkahwinan, Syareana order lagi kek marble chocolate cheese, untuk birthday bapanya. Katanya pada hari majlis semalam dia tak dapat rasa kek yang 3rd tier tu. Jadi Syareana order lagi untuk makan2. Masa ambil kek tadi Syareana bawakan buah tangan untuk saya. Kebetulan pulak saya tengah buat muffin untuk majlis kenduri rumah ayah saya, jadi dapatlah Syareana rasa sikit ya.. Terima kasih banyak2 ya Syareana...



Ikhlas dari LCH untuk Syareana



Sunday, June 6, 2010

Wedding Cake - Syareana

Terima kasih pada Syareana yang telah menempah wedding cake 3 tingkat untuk majlis perkahwinannya di Taman Soga, BP. Senang je deal dengan Syareana ni.. Kek 3 tingkat dengan tiga flavour, katanya nak rasa semua, yang atas nak yang ada cheese. Masa order Syareana kata warna tema merah putih, sekali masa hantar tadi saya tengok rupanya warna maroon putih. Lain sikitlah jadinya... Anyway, Selamat Pengantin Baru & semoga kekal hingga ke anak cucu ya Syareana..





1.5 kg marble chocolate cheese
chocolate ganache & buttercream

1st tier butter cake + blueberry filling
2nd tier chocolate moist + ganache filling



Birthday cake - Syara

Syara yang sedang menuntut di Maktab Perguruan di Melaka order birthday kek & cupcake untuk birthday ibu & kakaknya di Taman Indah, BP. Thanks Syara.




1.5 kg choc moist
buttercream frosting


9 cups (S)
orange flavour
buttercream frosting