Thursday, October 22, 2009

Chocolate Moist Cake lagi....

Kali ni CMC ini diorder oleh Puan Aleina dari SRK Limpoon 2 juga. Terima kasih cikgu...



Friday, October 16, 2009

Muffin

Muffin dalam pelbagai perisa sesuai untuk makan-makan dan juga sebagai doorgift dalam pelbagai majlis.

Chocolate Chips &
Vanilla Flavour


Blueberry, Strawberry &
Pandan Kelapa

Price & Packing Muffin

Price
RM0.70 per pcs
Minimum order : 20 pcs

Flavour :
Chocolate Chips
Vanilla & choc rice
Strawberry
Blueberry
Orange
Pandan Kelapa



Packing

Extra charge untuk packing :




Golden Box

RM0.40

Round Plastic Container

RM0.20

1-2 pcs dalam plastik bunga
RM0.10

Agar-agar Lapis Gula Melaka

Agar-agar lapis gula melaka

Saturday, October 10, 2009

Chocolate Moist Cake - Puan Latifah

Chocolate moist cake ni ditempah oleh Puan Latifah yang mengajar di SRK Limpoon 2. Terima kasih cikgu..



Sunday, October 4, 2009

Brownies - Kak Nor & Huda

Almond Chocolate Brownies & 2 Marble Cheese Brownies yang ditempah oleh Kak Nor dan Huda untuk marhaban guru-guru SMK Tun Aminah.


Agar-agar pelangi ini memang saya buat untuk Kak Nor & Huda, yang selalu order kek dari saya. Huda pula dah banyak tolong promote dan jualkan kek2 saya pada guru-guru di SMK Tun Aminah. Terima kasih banyak2.

Friday, October 2, 2009

Agar-agar Pelangi

Agar-agar pelangi yang penuh warna-warni ni memang memikat selera. Anak-anak saya memang sukakan segala macam puding dan agar-agar, so petang tadi buatlah agar-agar pelangi ni. Lepas buat, masukkan dalam peti sejuk. Tak sempat sejuk lagi anak-anak dah tak sabar nak makan terutama sekali Puteri. Memang sedap agar-agar ni dan kurang manis. Bila saya potong, habis. Potong, habis. Sekejap je dah licin.
Sesiapa yang nak order bolehlah call saya ya..


Cupcake-Marhaban Taski

Cupcake ni pulak saya buat sebagai gift untuk kanak-kanak Taski Taman Bukit Perdana di mana anak saya Syahmi bersekolah di sana. Memang menjadi kelaziman setiap kali Hari Raya mereka akan menziarahi rumah setiap murid dengan guru dan ibu masing-masing. Riuh rendah jadinya, apa taknya kanak-kanak lebih ramai dari orang dewasa. Semasa marhaban, diorang bukannya ikut sama, dia main sesama dia, termasuklah si Syahmi juga, tak terkawal cikgu dibuatnya. Apa-apa pun memang seronok... Masa saya buat cupcake ni malam tadi, Syahmi cakap " kenapa ibu buat kek ni banyak sangat? Kawan Syahmi cuma 2 je, lelaki dengan perempuan je..." Bingung campur kelakar ku dengar, samaada 2 orang atau 2 jantina...
Gambar-gambar semasa marhaban lupa lak nak ambil.





Pada hari yang sama juga saya buat 2 Almond Chocolate Brownies yang ditempah oleh Kak Shalin dan guru di SMK Tun Aminah. Tapi lupa nak ambil gambarnya. Maaf ya. Terima kasih cikgu & Kak Shalin.

Thursday, October 1, 2009

Marble Cheese Brownies lagi....

Marble Cheese Brownies ni ditempah oleh rakan sekerja anak sedara saya yang mengajar di SMK Tun Aminah. Terima kasih ya.. cikgu. Lain kali boleh order lagi...