Friday, October 2, 2009

Cupcake-Marhaban Taski

Cupcake ni pulak saya buat sebagai gift untuk kanak-kanak Taski Taman Bukit Perdana di mana anak saya Syahmi bersekolah di sana. Memang menjadi kelaziman setiap kali Hari Raya mereka akan menziarahi rumah setiap murid dengan guru dan ibu masing-masing. Riuh rendah jadinya, apa taknya kanak-kanak lebih ramai dari orang dewasa. Semasa marhaban, diorang bukannya ikut sama, dia main sesama dia, termasuklah si Syahmi juga, tak terkawal cikgu dibuatnya. Apa-apa pun memang seronok... Masa saya buat cupcake ni malam tadi, Syahmi cakap " kenapa ibu buat kek ni banyak sangat? Kawan Syahmi cuma 2 je, lelaki dengan perempuan je..." Bingung campur kelakar ku dengar, samaada 2 orang atau 2 jantina...
Gambar-gambar semasa marhaban lupa lak nak ambil.





Pada hari yang sama juga saya buat 2 Almond Chocolate Brownies yang ditempah oleh Kak Shalin dan guru di SMK Tun Aminah. Tapi lupa nak ambil gambarnya. Maaf ya. Terima kasih cikgu & Kak Shalin.

No comments:

Post a Comment