Friday, December 31, 2010

Birthday Cake - Pn Nora

Tempahan dari Puan Nora di Taman Murni. 1kg chocolate moist cake. Terima kasih ya Puan Nora..




Sunday, December 26, 2010

Wedding Cake - Rose

Wedding cake kali ni ditempah oleh Rose untuk majlis perkahwinannya di Kg Sg. Kajang. Rose nak design macam yang saya buat sebelum ni tapi saya buat sedikit kelainan pada design tersebut. Warna tema merah + kelabu. Terima kasih ya Rose & Selamat Pengantin Baru..







Wednesday, December 22, 2010

Tartlets - Siti Nursyafiqah

Siti Nursyafiqah dari UTHM order lagi.. Kali ni Siti order 60 pcs cheese tart & 60 pcs choc tart. Terima kasih ya Siti..







Friday, December 17, 2010

Cupcake - Siti Nursyafiqah

Siti Nursyafiqah dari UTHM order 25 pcs cupcake. Terima kasih Siti..



25 cups S
chocolate moist flavour
buttercream frosting

Cupcake & Blueberry cake

Cupcake untuk gift semasa majlis yassin di rumah ayah saya di Kampung Istana dan juga 2 buku blueberry cake untuk family gathering & menyambut hari lahir anak2 saudara utk bulan November & Disember pada sebelah malamnya.








Thursday, December 16, 2010

Blueberry cake

Order dari tekak saya sendiri..hehe.. teringin nak makan blueberry cake. Cuba buat dan hasilnya cukup memuaskan. Sedaap..chocolate sponge cake layer with fresh cream & blueberry, topping with fresh cream & blueberry.



Tuesday, December 7, 2010

Hantaran Pertunangan - Sal

Sal dari Shah Alam menempah 2 set cupcakes untuk hantaran pertunangannya yang dilangsungkan di kampungnya di Machap. Satu untuk dari pihak perempuan & satu lagi dari pihak lelaki. Sal request design yang macam ni. Harap Sal puas hati ya & terima kasih banyak..

semasa Sal ambil cupcake ni dia happy sangat..komen sal " cantiknya... akak memang dah buat apa yang saya nak. next time saya order ngan akak lagi"


Hantaran dari pihak lelaki
16 cups M
chocolate moist & buttercream


Hantaran dari pihak perempuan
16 cups M
chocolate moist & buttercream



Monday, December 6, 2010

Kek Hantaran - Huda

Anak saudara saya, Huda yang mengajar di STA telah melangsungkan hari pertunangannya pada 5/12/10. Inilah kek yang saya hadiahkan padanya sebagai hantaran. Kek chocolate moist & topping with steam buttercream. Tema merah putih. Tahniah Huda..





Muffin - Dalila

Dalila dari UTHM order 70 pcs muffin choc chips packing with golden box untuk majlis pre-graduation di Hotel Katerina. Thanks Dalila..



Wednesday, December 1, 2010

Birthday cupcake - Ita

Tempahan cupcake dari Ita di Taman Flora untuk suami tersayang. Ita nak deco yang simple & lovely untuk dibawa ke pejabat suaminya di Mahkamah Sesyen, BP. Harap Ita berpuashati & terima kasih ya Ita..


25 cups M
Blueberry flavour
Buttercream



Sunday, November 28, 2010

Wedding Cake - Mian Rahim

Mian Rahim (rakan fb) dari JB telah menempah wedding cake & cupcake hantaran untuk majlis perkahwinan adik iparnya di Kg Pt Lapis Mahang, Pt Raja. Mian menyambut kedatangan kami dengan senyum lebar kat depan halaman rumahnya. Terima kasih banyak2 ya Mian atas tempahan & layanan yg kami terima..





cupcake hantaran
16 cups S
choc moist & buttercream

Kisahnya, sepatutnya nama pengantin lelaki tu Ghaus tapi masa Mian call untuk tempahan saya tersilap dengar jadi Dhaus. Semasa Mian datang ambil cupcake hantaran, Mian kasi kad jemputan, bila saya baca..berderau darah.. tengok nama pengantin lelaki GHAUS tapi saya tulis DHAUS. Alamak.. maaflah Mian ya...tapi Mian kata tak kisah asalkan deconya cantik.. Terima kasihlah Mian ya...

Muffin & Tart - Siti Hajjar

Tempahan dari Siti Hajjar di Taman Bukit Flora untuk majlis pernikahannya pada hari Jumaat lepas. Terima kasih Siti..


50 pcs bberry cheese tart
50 pcs chocolate tart
sebahagian packing untuk hantaran &
sebahagian lagi untuk makan2
50 pcs muffin chocolate chips
50 pcs muffin blueberry
50 pcs muffin strawberry

Sunday, November 21, 2010

Wedding Cake - Dila

Terima kasih banyak kepada Dila yang telah menempah wedding cake & cupcake hantaran untuk majlis perkahwinannya di Senggarang. Terima kasih juga kepada kakak2 Dila yang sangat ramah.






cupcake hantaran
25 cups S
blueberry flavour
buttercream





Wedding Cake - Leza

Leza dari JKR Muar order wedding cake untuk majlisnya di Parit Raja. Leza bagi contoh design wedding cake ni. Terima kasih pada puan punya design ni..& terima kasih byk Leza..

sms dari Leza : Salam kak leeza, just nak ucap,tqvm tok kek.. Sy suke sgt2.. Akak wat cantiknyer..sedap pulak.. Ramai yang puji.. Insyaallah, kwn2 sy akan cari akak pasni..Thanks alot..Amat memuaskan ati..

Terima kasihlah leza..tolong promote lagi..






Cupcake Hantaran - Intan

Tempahan dari Intan untuk majlis pertunangan adik iparnya. Sebelum ni Intan pernah order wedding cake untuk adiknya. Bertuah betul dapat kakak macam Intan ni ya.. Terima kasih ya Intan..



16 cups S
chocolate moist
buttercream

Cupcake Jamuan Akhir Tahun

Anak saya, Akmal minta buatkan cupcake untuk jamuan akhir tahun kelasnya pada hari akhir persekolahan.