Sunday, November 28, 2010

Wedding Cake - Mian Rahim

Mian Rahim (rakan fb) dari JB telah menempah wedding cake & cupcake hantaran untuk majlis perkahwinan adik iparnya di Kg Pt Lapis Mahang, Pt Raja. Mian menyambut kedatangan kami dengan senyum lebar kat depan halaman rumahnya. Terima kasih banyak2 ya Mian atas tempahan & layanan yg kami terima..





cupcake hantaran
16 cups S
choc moist & buttercream

Kisahnya, sepatutnya nama pengantin lelaki tu Ghaus tapi masa Mian call untuk tempahan saya tersilap dengar jadi Dhaus. Semasa Mian datang ambil cupcake hantaran, Mian kasi kad jemputan, bila saya baca..berderau darah.. tengok nama pengantin lelaki GHAUS tapi saya tulis DHAUS. Alamak.. maaflah Mian ya...tapi Mian kata tak kisah asalkan deconya cantik.. Terima kasihlah Mian ya...

Muffin & Tart - Siti Hajjar

Tempahan dari Siti Hajjar di Taman Bukit Flora untuk majlis pernikahannya pada hari Jumaat lepas. Terima kasih Siti..


50 pcs bberry cheese tart
50 pcs chocolate tart
sebahagian packing untuk hantaran &
sebahagian lagi untuk makan2
50 pcs muffin chocolate chips
50 pcs muffin blueberry
50 pcs muffin strawberry

Sunday, November 21, 2010

Wedding Cake - Dila

Terima kasih banyak kepada Dila yang telah menempah wedding cake & cupcake hantaran untuk majlis perkahwinannya di Senggarang. Terima kasih juga kepada kakak2 Dila yang sangat ramah.






cupcake hantaran
25 cups S
blueberry flavour
buttercream





Wedding Cake - Leza

Leza dari JKR Muar order wedding cake untuk majlisnya di Parit Raja. Leza bagi contoh design wedding cake ni. Terima kasih pada puan punya design ni..& terima kasih byk Leza..

sms dari Leza : Salam kak leeza, just nak ucap,tqvm tok kek.. Sy suke sgt2.. Akak wat cantiknyer..sedap pulak.. Ramai yang puji.. Insyaallah, kwn2 sy akan cari akak pasni..Thanks alot..Amat memuaskan ati..

Terima kasihlah leza..tolong promote lagi..






Cupcake Hantaran - Intan

Tempahan dari Intan untuk majlis pertunangan adik iparnya. Sebelum ni Intan pernah order wedding cake untuk adiknya. Bertuah betul dapat kakak macam Intan ni ya.. Terima kasih ya Intan..



16 cups S
chocolate moist
buttercream

Cupcake Jamuan Akhir Tahun

Anak saya, Akmal minta buatkan cupcake untuk jamuan akhir tahun kelasnya pada hari akhir persekolahan.




Cupcake - Kak Norli

Tempahan dari Kak Norli untuk anaknya Ili Fadilah bawa ke sekolah untuk guru2 di sekolahnya. Terima kasih Kak Norli & Farah..


2 box of 16 cups S
Lemon flavour
Buttercream frosting



Cupcake Hantaran - Wani

Wani yang bertugas di JKR Muar order cupcake untuk hantaran majlis perkahwinannya. Thanks Wani..





Cupcake Edible Image

Cupcake ni saya buat untuk dibawa ke sekolah Syahmi di Pra Sekolah Limpoon 2. Masa birthday Syahmi haritu jatuh pada hari cuti sekolah (10/6). Jadi pada hari akhir persekolahan ini saya bawakan untuk Syahmi, cikgu2 dan kawan2nya makan.




Choc moist & Brownies

Order dari guru2 di STA...Thanks cikgu & Huda.







Wednesday, November 10, 2010

Cupcake - Cikgu Mayzah

Cikgu Mayzah dari S.K Convent telah menempah 125 cupcake untuk majlis jamuan akhir tahun murid2 Tahun 3 di sekolah beliau. Dan cupcake ni telah diasing2kan mengikut kelas masing2 iaitu sebanyak 3 kelas dan untuk guru2 mereka. Terima kasih banyak2 ya Cikgu..







Sunday, November 7, 2010

Birthday cake - Cikgu Rafidah

Tempahan daripada Cikgu Rafidah dari SK Limpoon 2 untuk birthday anak saudaranya. Terima kasih banyak2 ya cikgu tak jemu2 order dengan saya...






Saturday, November 6, 2010

Cupcake & Blueberry cheese tart - Amanina

Tempahan dari Amanina dari Jalan Tanah Merah. Design cupcake ni idea dari Amanina sendiri. Simple tapi menarik..Thanks Amanina..



9 cups M
chocolate moist
buttercream frosting