Saturday, February 27, 2010

Wedding Cake - Eka

Tempahan wedding cake ni datangnya dari Eka dari Parit Raja untuk majlis perkahwinannya. Eka order kek ni untuk majlis di rumah pengantin lelaki di Taman Megah, Batu Pahat. Eka nak design sama macam kek hantaran Yati dalam entry saya yg lepas dan nak warna putih biru juga.
Masa hantar tadi adik pengantin lelaki sungguh2 suruh saya dan hubby makan dulu. Segan jugak orang jemputan belum datang kita dah rasmikan dulu. Tapi sedap jugak makan nasi jagung panas2 lagi. Terima kasih banyak2 ye Eka & Selamat Pengantin Baru...













Friday, February 26, 2010

Cupcake - Faizah

Faizah dari Penang order cupcake untuk birthday adik sepupunya Mu'izz yang memang minat dengan kereta hot wheels. Tadi pagi-pagi dah hantar ke rumahnya di Taman Soga. Mui'izz yang sambut. Memang ceria je Mui'zz ni.. Thanks Faizah.




9 pcs (S)
chocolate moist flavour
buttercream frosting



Wednesday, February 24, 2010

Cupcake - Aisyah IPTHO

Aisyah dari IPTHO order cupcake untuk birthdaynya. Nak celebrate dengan kawan2 katanya. Aisyah nak deco bunga2 warna purple & kuning. Nama glamournya Mc Chah. Terima kasih Aisyah... & Happy Birthday..



25 pcs (M)
Chocolate moist flavour
Buttercream frosting
Yang ni pulak lebihan cupcake, saya toppingkan dengan choc ganache untuk makan2. Anak2 saya ni lebih suka chocolate dari kek yang berkrim. Sekejap je dah licin...



Friday, February 19, 2010

Kek Birthday Ayahanda

Kek chocolate moist sempena ulang tahun ayah saya yang ke 75. Semoga sentiasa sihat, panjang umur dan dimurahkan rezeki ayah...




Sunday, February 14, 2010

Peringatan..peringatan...

Assalammualaikum dan salam sejahtera... (cewahh...macam nak bagi ucapan je..) Saya ingin mengingatkan kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan agar dapat berbuat demikian 1-2 minggu lebih awal atau kalau boleh sebulan untuk tempahan yang banyak dari tarikh yang dikehendaki, terutama sekali pada musim cuti sekolah atau public holiday. Ini adalah kerana dikhuatiri akan berlaku pertindihan order pada hari2 yg dikehendaki.

Saya juga ingin memohon maaf kepada mereka (3-4 orang) yang telah menelefon saya tempoh hari untuk membuat tempahan tapi saya terpaksa menolak kerana terdapat banyak tempahan untuk hari sabtu dan ahad (cuti raya cina). Kesemuanya call hari ni dan nak besok, memanglah saya tak sempat. Minta maaf banyak2 ya.

Cupcake - Siti UTHM

Siti dari UTHM order cupcake birthday untuk kawannya yang merupakan seorang photographer. Sebenarnya birthday kawannya ni lama lagi tapi Siti nak kasi awal sebab pada hari lahirnya nanti Syafiq ni tak ada kat sini. Thanks ya Siti. Harap Siti puashati ya..



16 cups (M)
chocolate moist cake
buttercream frosting


Kek Hantaran - Yati

Yati dari Parit Sulong order kek hantaran steam buttercream untuk kek dari pihaknya dan kek warna tema pink dari pihak lelaki untuk majlis pertunangannya. Terima kasih Yati. Harap Yati puashati ya..

email dari yati: askum.. kak leeza, acih ek..sebab sudi wat kek kita..orang puas ati dengan kek tu. Orang2 yang datang tgk semua ckap kek yag kak leeza wat tu cantik.walaupun simple tapi menarik. Pihak lelaki cakap pun kek wane pink tu cantik. Thanks kak.



Chocolate moist cake
Steam buttercream
Kek pink ni dideco pukul 1 pagi mata pun berat, kepala pun dah pening dah takde idea, jadi agak kurang puas hati dengan hasilnya.

Chocolate moist cake
Buttercream



Cupcake - Nana

Nana dari JB order cupcake ladybird dan 3 buku chocolate moist cake untuk majlis akikah anaknya yang baru berusia lima bulan yang diadakan di kampungnya di Parit Raja. Sedap nama anak Nana ni macam cupcakenya jugak... he..he..he... Terima kasih banyak2 Nana.

25 cups (M)
chocolate moist flavour
buttercream frosting






Cupcake - Kak Norli

Kak Norli order cupcake deco campur2. Anaknya Farah nak bawa balik ke UIA, kawan2nya nak rasa cupcake makcunya ni... thanks ya Kak Norli n Farah..



16 cups (M)
Butter cake
Buttercream frosting

Chocolate Moist Cake - Cikgu Aliena

Cikgu Aliena (SRK Limpoon 2) order 1kg chocolate moist cake lagi... Terima kasih ya cikgu..



Saturday, February 6, 2010

Cupcake - Aznira UTHM

Aznira student dari UTHM order cupcake bertemakan football - chelsea untuk kawannya (boyfriend kot...). Untung siapa2 yang jadi kawan Ira ni. Thanks ya Ira, lain kali boleh order lagi eh..

sms dari Aznira : Akak, terima kasih ye. Memang cantik n puas hati la. Tq.




16 cups (S)
chocolate moist cake
butterceram frosting