Monday, January 18, 2010

Puding roti & sos kastard

Semalam saya buat puding roti bersos kastard untuk makan2. Kat rumah ni ada roti yang dah nak expired so saya carilah resepi yang sangat2 simple tapi sedap. Dapat resepi ni dari myresipi. Sedap jugaklah terutama sekali sos kastardnya. Terima kasih pada puan punya resepi ni.


Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara-cara
Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment