(JR-0019628-H) Homemade cakes,cupcakes and muffin. Freshly baked and Halal products. Based in Batu Pahat
Thursday, October 22, 2009
Friday, October 16, 2009
Muffin
Muffin dalam pelbagai perisa sesuai untuk makan-makan dan juga sebagai doorgift dalam pelbagai majlis.
Vanilla Flavour
Pandan Kelapa
Price & Packing Muffin
Saturday, October 10, 2009
Chocolate Moist Cake - Puan Latifah
Sunday, October 4, 2009
Brownies - Kak Nor & Huda
Friday, October 2, 2009
Agar-agar Pelangi
Agar-agar pelangi yang penuh warna-warni ni memang memikat selera. Anak-anak saya memang sukakan segala macam puding dan agar-agar, so petang tadi buatlah agar-agar pelangi ni. Lepas buat, masukkan dalam peti sejuk. Tak sempat sejuk lagi anak-anak dah tak sabar nak makan terutama sekali Puteri. Memang sedap agar-agar ni dan kurang manis. Bila saya potong, habis. Potong, habis. Sekejap je dah licin.
Sesiapa yang nak order bolehlah call saya ya..
Sesiapa yang nak order bolehlah call saya ya..
Cupcake-Marhaban Taski
Cupcake ni pulak saya buat sebagai gift untuk kanak-kanak Taski Taman Bukit Perdana di mana anak saya Syahmi bersekolah di sana. Memang menjadi kelaziman setiap kali Hari Raya mereka akan menziarahi rumah setiap murid dengan guru dan ibu masing-masing. Riuh rendah jadinya, apa taknya kanak-kanak lebih ramai dari orang dewasa. Semasa marhaban, diorang bukannya ikut sama, dia main sesama dia, termasuklah si Syahmi juga, tak terkawal cikgu dibuatnya. Apa-apa pun memang seronok... Masa saya buat cupcake ni malam tadi, Syahmi cakap " kenapa ibu buat kek ni banyak sangat? Kawan Syahmi cuma 2 je, lelaki dengan perempuan je..." Bingung campur kelakar ku dengar, samaada 2 orang atau 2 jantina...
Gambar-gambar semasa marhaban lupa lak nak ambil.

Gambar-gambar semasa marhaban lupa lak nak ambil.

Thursday, October 1, 2009
Marble Cheese Brownies lagi....
Wednesday, September 23, 2009
Cupcake - Puan Hayati dari Labuan
Tempahan Hari Raya
Assalammualaikum....
Lama rasanya saya tak update entry di sini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan dan pengunjung Leeza Cake House.
Tahun ini merupakan tahun pertama saya menceburkan diri dalam bidang ini dan pertama kali mengambil tempahan untuk hari raya dan alhamdulillah banyak juga tempahan yang diterima dan berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Terima kasih kepada semua yang telah menempah kek-kek untuk Hari Raya dari Leeza Cake House:-
Kak Norli- Marble Cheese Brownies 5, Almond Chocolate Brownies 3, Fruit Cake 3, Choc Moist 3 Kek Lapis Pucuk Rebung 1.
(Gambar terlupa nak ambil sebab Kak Norli nak ambil awal, katanya untuk buat hamper, so saya agak kelam-kabut sikit sampai terlupa)
Nurul Hidayah - Choc Moist 2
Puan Hayati (Labuan) - Kek Lapis Belang Harimau & Seri Dewi Malam & Cupcakes
Kak Shalin - Cupcakes
Cikgu Bibi Fatimah - Choc Moist 2
Guru-guru di SMK Tun Aminah - Marble Cheese Brownies 4, Almond Choc Brownies 6, Choc Moist 3, Fruit Cake 2, Kek Lapis Biasa 2, Kek Lapis Asam Manis 3, Choc Chip 4.

Saturday, August 22, 2009
Tempahan dari Labuan-Hidayah
Hidayah dari Labuan order cupcake untuk keluarganya yang berada di Taman Pantai. Semasa saya hantar kek ni, ibunya terkejut dengan kiriman dari Hidayah ni. Kesian dia sambut puasa di perantauan. Hidayah nak tema pink + purple. Harap Hidayah berpuashati. Thanks Hidayah.
sms dari Hidayah: "cantik n sweet sangat.. orang kat rumah pun kata sedap..thanks ya.."

sms dari Hidayah: "cantik n sweet sangat.. orang kat rumah pun kata sedap..thanks ya.."

buttercream frosting
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua
pelanggan dan pengunjung blog ini.
Semoga segala amalan kita diberkati Allah s.w.t.
Thursday, August 20, 2009
Brownies & Kek Lapis
Tempahan brownies & kek lapis ni dari rakan-rakan sekerja anak saudara saya Huda di SMK Tun Aminah, Batu Pahat. Terima kasih Huda dan cikgu-cikgu sekalian .
2 almond chocolate brownies
2 marble cheese brownies
2 kek lapis chocolate chip
Saturday, August 15, 2009
Moist Fruit Cake
Moist fruit cake ni diorder oleh Eenat atau nama sebenarnya Sufinaz dari Bandar Baru Bangi. Saya kenal Eenat ni melalui internet dalam forum MyResipi. Jadi saya poskan kek ni ke Bandar Baru Bangi semalam dan dah selamat sampai pagi tadi. Sebelum packing kek ni saya lupa nak snap gambarnya. Dah masuk tupperware baru teringat.

Wednesday, August 12, 2009
Chocolate Moist Cake
Kek Chocolate Moist ni diorder oleh Shima untuk customernya. Shima ni berniaga lauk-pauk
kat Tmn Bukit Perdana ni. Lauknya sedap-sedap juga. Masa saya hantar kat gerai dia, dia tunjukkan nama & phone no. orang yang order ni. Laa... rupanya cikgu anak saya Cikgu Bibi Fatimah. Thanks cikgu, thanks Shima promotekan kek akak.

Sunday, August 9, 2009
Tempahan Kek sempena Hari Raya
Salam. Tempahan untuk Hari Raya telah dibuka sekarang. Sila call/sms/email untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Last date order adalah pada 09/09/09 (saje je pilih tarikh ni sebab nombornya cantik) Inilah antara kek-keknya. Jom Layaaan...
Plain Chocolate Brownies (10" x 10") - RM30.00. Takde gambar :-)
Kek Lapis
Tuesday, August 4, 2009
Breakfast - Sosej Roll
Kekadang pagi-pagi pening kepala memikirkan breakfast untuk anak-anak nak pergi sekolah. Jadi saya cuba satu resepi yang ringkas yang saya dapat dari internet untuk breakfast pagi tadi dan terbukti memang sedap dan mengenyangkan. Inilah gambar sosej roll yang cepat-cepat saya ambil sebelum kena serang oleh anak-anak saya.

Bahan-bahan
10 batang sosej
10 keping roti sandwich
1 biji telur
1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh utk dijadikan gam
1 1/2 cawan serbuk roti (boleh juga guna nestum/cornflakes yang diramas skit/biskut crackers yg ditumbuk halus)
Cara-cara
Celur sekejap sosej dan toskan.
Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis.
Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
Panaskan minyak untuk menggoreng.
Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (kalau nak pedas, tambahkan lada hitam yg ditumbuk).
Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
Kemudian golekkan pula roti itu ke dalam serbuk roti. Biar semuanya diselaputi dengan serbuk roti.
Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan serbuk roti diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.

Subscribe to:
Posts (Atom)