Saturday, January 30, 2010

Chocolate Moist Cake - Azwan

Chocolate moist cake ni diorder oleh Azwan yang bekerja di KL dan kampungnya di Taman Bukit Pasir. Azwan nak cmc topping with choc ganache plain je, tak nak deco. Terima kasih ya Azwan.









Monday, January 18, 2010

Puding roti & sos kastard

Semalam saya buat puding roti bersos kastard untuk makan2. Kat rumah ni ada roti yang dah nak expired so saya carilah resepi yang sangat2 simple tapi sedap. Dapat resepi ni dari myresipi. Sedap jugaklah terutama sekali sos kastardnya. Terima kasih pada puan punya resepi ni.


Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara-cara
Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Tuesday, January 12, 2010

Cupcake - Farisza

Farisza order cupcake bertemakan bola sepak untuk birthday suaminya yang memang merupakan peminat setia Manchester United. Katanya nak suprise kat hubbynya masa balik kerja nanti. Masa hantar kat office Farisza tadi, dia kata sayang nak makan cupcake ni sebab cantik sangat. Apa2 pun terima kasih banyak2 ya Farisza.



25 cups (S)
Chocolate moist cake
Buttercream frosting

Saturday, January 9, 2010

Chocolate Moist Cake - Ayu

Ayu dari Taman Soga order 2kg choc moist cake topping with choc ganache untuk hantaran pertunangannya dan 1kg choc moist cake juga untuk makan2. Ayu nak deco yang simple2 je tapi nak ada warna temanya oren + putih. Ayu ni sepupu kepada Cikgu Tini yang pernah order choc moist cake dengan saya sebelum ni. Terima kasih Cikgu Tini... terima kasih juga kepada Ayu dan selamat bertunang.









Monday, January 4, 2010

Merah Putih lagi...- Cikgu Lyn

Cupcake warna tema merah putih ni ditempah oleh Cikgu Lyn sebagai hantaran di hari pernikahannya pada 30-12-2009. Terima kasih ya cikgu.


25 cups (s)
chocolate moist cake
buttercream frosting