Saturday, August 22, 2009

Tempahan dari Labuan-Hidayah

Hidayah dari Labuan order cupcake untuk keluarganya yang berada di Taman Pantai. Semasa saya hantar kek ni, ibunya terkejut dengan kiriman dari Hidayah ni. Kesian dia sambut puasa di perantauan. Hidayah nak tema pink + purple. Harap Hidayah berpuashati. Thanks Hidayah.

sms dari Hidayah: "cantik n sweet sangat.. orang kat rumah pun kata sedap..thanks ya.."




25 cups chocolate moist
buttercream frosting

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Kami di Leeza Cake House mengucapkan Selamat Menyambut
Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua
pelanggan dan pengunjung blog ini.
Semoga segala amalan kita diberkati Allah s.w.t.

Thursday, August 20, 2009

Brownies & Kek Lapis

Tempahan brownies & kek lapis ni dari rakan-rakan sekerja anak saudara saya Huda di SMK Tun Aminah, Batu Pahat. Terima kasih Huda dan cikgu-cikgu sekalian .


2 almond chocolate brownies
2 marble cheese brownies
2 kek lapis chocolate chip

Saturday, August 15, 2009

Moist Fruit Cake

Moist fruit cake ni diorder oleh Eenat atau nama sebenarnya Sufinaz dari Bandar Baru Bangi. Saya kenal Eenat ni melalui internet dalam forum MyResipi. Jadi saya poskan kek ni ke Bandar Baru Bangi semalam dan dah selamat sampai pagi tadi. Sebelum packing kek ni saya lupa nak snap gambarnya. Dah masuk tupperware baru teringat.




Wednesday, August 12, 2009

Chocolate Moist Cake

Kek Chocolate Moist ni diorder oleh Shima untuk customernya. Shima ni berniaga lauk-pauk
kat Tmn Bukit Perdana ni. Lauknya sedap-sedap juga. Masa saya hantar kat gerai dia, dia tunjukkan nama & phone no. orang yang order ni. Laa... rupanya cikgu anak saya Cikgu Bibi Fatimah. Thanks cikgu, thanks Shima promotekan kek akak.


Sunday, August 9, 2009

Tempahan Kek sempena Hari Raya

Salam. Tempahan untuk Hari Raya telah dibuka sekarang. Sila call/sms/email untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Last date order adalah pada 09/09/09 (saje je pilih tarikh ni sebab nombornya cantik) Inilah antara kek-keknya. Jom Layaaan...
Marble Cheese Brownies (10" x 10") - RM35.00



Almond Chocolate Brownies (10" x 10") - RM35.00
Plain Chocolate Brownies (10" x 10") - RM30.00. Takde gambar :-)

Rich Chocolate Moist Cake (1kg++) - RM25.00


Moist Fruit Cake (1kg++)- RM20.00
Ada orang cakap fruit cake ni rasanya macam yang kat cosway punya. Saya pun tak tau sebab saya tak pernah rasa yang cosway punya.




Kek Lapis

Kami juga menerima tempahan pelbagai jenis kek lapis sarawak untuk Hari Raya nanti. Last date order untuk kek lapis pulak adalah pada hari pertama puasa (22/08/09).


Kek Lapis Belang Harimau (8" x 8") - RM68.00


Kek Lapis Seri Dewi Malam (8" x 8") - RM68.00

Kek Lapis Pucuk Rebung (8" x 8") - RM68.00

Saiz 8 x 2.5 - RM18.00
Saiz 8 x 8 - RM50.00


Kek Lapis Asam Manis
Saiz 8 x 2.5 - RM24.00
Saiz 8 x 8 - RM65.00


Kek Lapis Chocolate Chip
Saiz 8 x 2.5 - RM24.00
Saiz 8 x 8 - RM65.00

Tuesday, August 4, 2009

Breakfast - Sosej Roll

Kekadang pagi-pagi pening kepala memikirkan breakfast untuk anak-anak nak pergi sekolah. Jadi saya cuba satu resepi yang ringkas yang saya dapat dari internet untuk breakfast pagi tadi dan terbukti memang sedap dan mengenyangkan. Inilah gambar sosej roll yang cepat-cepat saya ambil sebelum kena serang oleh anak-anak saya.



Bahan-bahan

10 batang sosej
10 keping roti sandwich
1 biji telur
1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh utk dijadikan gam
1 1/2 cawan serbuk roti (boleh juga guna nestum/cornflakes yang diramas skit/biskut crackers yg ditumbuk halus)

Cara-cara

Celur sekejap sosej dan toskan.
Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis.
Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
Panaskan minyak untuk menggoreng.
Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (kalau nak pedas, tambahkan lada hitam yg ditumbuk).
Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
Kemudian golekkan pula roti itu ke dalam serbuk roti. Biar semuanya diselaputi dengan serbuk roti.
Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan serbuk roti diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.