Wednesday, July 29, 2009

Cupcake Birthday - Kak Shalin

Kak Shalin order cupcake untuk birthday anaknya Hazira yang ke 8, untuk makan-makan sekeluarga. Happy Birthday Hazira.


Cupcake strawberry flavour
Buttercream frosting

Sebenarnya hari ni Kak Nor juga order puding karamel tanpa telur 2 set. Tapi disebabkan dah petang dan berkejar masa nak hantar ke rumahnya dan ambil anak balik sekolah, terlupa nak snap gambar pudingnya. Sorry ye Kak Nor.. tak dapat nak post gambar kat sini.

Monday, July 27, 2009

Puding Karamel Tanpa Telur

Puding karamel tanpa telur ni untuk sesapa yang suka makan puding tapi tak suka telur. Saja buat untuk makan-makan. Buat dua acuan, 1 untuk makan2 satu lagi bawakan untuk Ayah dan Mak Wan.


Rich Chocolate Moist Cake

Chocolate Moist Cake ni diorder oleh kakak ipar saya yang buat kenduri pada hari Ahad. Kak Mah order 3 biji kek Choc Moist without topping. Salah satu kek tu tercedera sikit kat permukaan atasnya semasa saya keluarkan dari loyang, sori eh.. Kak Mah.


Plain cupcake - Kak Nor

Kak Nor order plain cupcake 12 choc moist & 12 vanilla with choc chip untuk jirannya yang buat kenduri doa selamat pada hari Sabtu. Pada hari Sabtu tu, Kak Nor ada jemputan kahwin di JB dan dia minta saya hantarkan ke rumah jirannya, Cikgu .....(lupa lak namanya). Thanks Kak Nor.



Saturday, July 18, 2009

Kek Marble & Plain cupcake

Kak Nor boleh dikatakan setiap minggu order dengan saya. Minggu lepas Kak Nor order Kek Marble Mocha dan minggu ni Kak Nor order plain cupcake untuk dibawa ke Melaka, anaknya Fathiah yang sekolah di MRSM Melaka nak jamu kawan-kawannya. Thanks Kak Nor.




Sunday, July 12, 2009

Cupcake - Kak Shalin

Order dari kakak saya Kak Shalin untuk kenduri keluarga suaminya dan sempena hari lahir anaknya Hamizah. Kak Shalin order 60 cupcake & deco simple je.


60 cupcake choc moist flavour
Buttercream frosting

Kek Marble

Kek Marble Mocha ni saja buat utk makan-makan petang. Dapat resepi dari internet. Selalunya kita makan kek marble perisa pandan, strawberi, coklat tapi ini rasa mocha. Rasanya sedap dan sangat moist.


Sunday, July 5, 2009

Repeat Order - Kak Nor

Repeat order dari kak Nor untuk stok kat rumah katanya. Kak Nor order cuppies deco campur2. Anaknya Ghazi nak cupcake yang ada clown macam dalam post saya yang lepas. Masa saya hantar, lupa nak pesan yg edible image tu tak boleh simpan dlm fridge nanti warna dia kembang. Jadi saya sms kat Kak Nor beritahu dia, dia jawab image tu dah kembang dalam perut Ghazi. Gelihati ku dengar....



6 cups choc moist - choc ganache frosting
9 cups vanilla flavour -6 buttercream frosting & 3 edible image

Sunday, June 28, 2009

Cupcake - Kak Nor

Order dari kakak saya di Batu Pahat untuk makan-makan sekeluarga sempena kepulangan anaknya Nadiah yang menuntut di Australia dan sedang bercuti sekarang ni.



Chocolate Moist
Buttercream frosting
Choc ganache frosting
Edible Image


Saturday, June 13, 2009

Cake Prices

Flavour Option :
Chocolate Moist
Butter Cake
Sponge Cake (Orange/Strawberry/Blueberry)

Topping Option:
Buttercream = from RM40.00
Chocolate Ganache = RM30.00 ( + choc rice only )
from RM40 (with deco)
Steam Buttercream = from RM55.00

Chocolate Indulgence
saiz 7" = RM45
saiz 9" = RM70

White Chocolate Macadamia/Wallnut Butterscotch/ Royal Caramel  Cake/Pecan Heaven
saiz 7" = RM45
saiz 9" = RM80

Chocolate Mousse Cake = RM55 (saiz 9")

Red Velvet = RM60 (saiz 7")


*Harga bergantung kepada saiz dan design yang dikehendaki
*Tambahan harga untuk Edible Image RM26.00
*Tambahan harga RM5.00 - RM10.00 untuk fruits deco (bergantung kepada harga pasaran)


Brownies (10" x 10")
Plain Chocolate Brownies = RM30.00
Almond Chocolate Brownies = RM38.00
Marble Cheese Brownies = RM35.00

Tartlet (50 pcs)
Blueberry/Strawberry Cheese Tart = RM30.00
Chocolate Tart = RM30.00



Wednesday, June 10, 2009

Kek Birthday

Kek birthday untuk anak saya Syahmi yang ke 5 tahun. Kek sponge oren layer orange filling buttercream frosting. Syahmi ni minat warna oren jadi saya buatkan kek warna tema oren.





Tuesday, June 9, 2009

My very first order

Tempahan dari kakak saya di Muar untuk anaknya Illy, untuk diberikan kepada cikgunya sempena Hari Guru tempoh hari. Tulisannya tak berapa memuaskan maklumlah selalunya tulis guna pen tapi kali ni guna piping bag, jadi kekok sikit. Thanks for your order.



Cara-cara membuat tempahan

Hubungi saya di no. 014-6128861 atau email norliza_as@yahoo.com
Tempahan hendaklah dibuat 1-2 minggu sebelum tarikh yang dikehendaki.
Tempahan boleh diambil sendiri di rumah saya (alamat akan diberitahu).
Kami juga menyediakan khidmat penghantaran dengan kos tambahan bergantung kepada jarak tempat.
Penghantaran percuma sekitar bandar Batu Pahat.

Cupcake Prices


Cupcake saiz : Solo cup  (2.5 oz)
Set quantity : 16/25/36 cups


Flavour Options :
Chocolate Moist
Blueberry
Strawberry
Orange
Vanilla

Cupcake Topping Options :
(Price per cupcake)Buttercream = RM2.40
Choc Ganache = RM2.90
Buttercream and Gumpaste Flower =RM3.40
Buttercream and Edible Image = RM3.70

*Harga bergantung kepada design yang dikehendaki
*Tambahan harga RM1.00 untuk fruits deco (strawberry, kiwi, peach)
*Tambahan harga RM0.30/pc untuk single packing (dome lid)
*Harga boleh dirunding untuk tempahan cupcake sebanyak 100 dan ke atas.



Steam Buttercream Cake

Steam Buttercream ni beza sikit dengan buttercream yang biasa, di mana buttercreamnya dimasak dulu dan menghasilkan cream yang halus mulus dan sangat licin.



















Lagi cupcake...







Sebenarnya kamera saya ni mengalami sedikit masaalah. Kekadang ok, kekadang tak ok. Masa nak ambik gambar dah set betul-betul, tapi jadinya terbalik pulak. Tapi takpe asalkan gambarnya jelas.

Monday, June 8, 2009

cupcake...

Edible Image
Buttercream









Sunday, June 7, 2009

Selamat Datang Ke LEEZA CAKE HOUSE

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, berkat dari usaha saya dengan menghadiri kelas, buat penyelidikan di internet untuk mendapatkan info dan tips-tips daripada pakar-pakar bakery dan menyedari permintaan cupcakes yang amat menggalakkan, saya rasa lebih yakin untuk memulakan business ini.