Kak Hayati dari Labuan order kek birthday edible image untuk adik2 kembarnya di Taman Limpoon Batu Pahat. Terima kasih ya Kak Hayati...
(JR-0019628-H) Homemade cakes,cupcakes and muffin. Freshly baked and Halal products. Based in Batu Pahat
Friday, November 27, 2009
My First Fondant Cake - Kak Nor
Kak Nor order kek fondant untuk birthday anak-anaknya Aishah dan Huda. Saya ni tak pernah buat kek fondant sebelum ni tapi Kak Nor betul2 nakkan kek fondant dengan deco yang simple je dan warna merah putih. Jadi saya pun cubalah juga. Thanks to Eyna yang dapat membekalkan fondant ready made dan Azie yang berikan tunjuk ajar serba sedikit untuk buat kek fondant ni. Tapi banyak lagi yang perlu saya belajar. Harap Kak Nor puashati dan terima kasih banyak2.
Chocolate Moist Cake
Kelas Buttercream Advance di Azie Cakes & Cookies
Hari Isnin lepas saya pergi ke kelas butttercream advance di Azie Cakes & Cookies untuk menambahkan ilmu dalam hiasan kek. Masa tu studentnya 2 orang je, saya dengan Kak Nor dari Kluang.
Sunday, November 22, 2009
Saturday, November 21, 2009
Choc moist & Brownies
Chocolate Moist Cake
Chocolate Moist Cake ni sebiji ditempah oleh Cikgu Rafidah dan sebiji lagi oleh Cikgu Aleina. Sebelum ni Cikgu Aleina pernah order choc moist cake ni katanya untuk abang iparnya yang datang dari KL tapi bila dia bawa balik anak-anaknya potong, makan-makan terus habis. Tak pe nanti kalau habis lagi boleh order lagi dengan saya ya cikgu. Apa-apa pun terima kasih banyak2.
Monday, November 16, 2009
Cupcake - Kak Norli
Kak Norli order 70 cupcake untuk anak-anaknya Daniel dan Illy bawa ke sekolah untuk bagi pada kawan mereka. Daniel ni birthdaynya pada bulan Disember depan, dah cuti sekolah. Illy pula birthdaynya pada bulan Ramadhan lepas, so tak dapat nak bagi pada hari-hari tersebut. Kak Norli nak deco berasingan untuk kanak2 perempuan & lelaki. Tapi yang perempuan nak yang bunga-bunga. Harap Kak Norli puashati dan terima kasih banyak2 ya..
Friday, November 13, 2009
Kek Anniversary
Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 15. Saya buat kek yang simple je untuk makan-makan sekeluarga. Chocolate marble cheese cake & ganache topping. Deco simple2 je, guna barang apa yang ada kat rumah je.
Labels:
Chocolate marble cheese cake,
Photo cake
Wednesday, November 11, 2009
Kek Birthday - Puan Hamimah
Kek Birthday ni ditempah oleh Puan Hamimah yang mengajar di TIGS, untuk anaknya Nurul Anis Raihanah dan kawannya Siti Nur Afiqah. Beliau minta saya hantar ke TIGS pukul 7.45 pagi dan nak hantar kek ni ke Taska anaknya pula pukul 11.00. Terima kasih ya Puan Hamimah...
TIGS ni sekolahku dulu dari 1986-1990. Dah lama tak masuk dalam kawasan TIGS, dah jauh berubah. Teringat kenangan bersama kawan2 semasa sekolah dulu..
Saturday, November 7, 2009
Suji Badam untuk makan-makan
Monday, November 2, 2009
Muffin - Cikgu Zalina
Kek Apple
Semalam buat kek apple untuk makan-makan. Dah lama tak buat kek untuk makan2 sekeluarga. Anak-anak dah berhari-hari sibuk suruh buat kek. Saya pun carilah resepi yang lain sikit. Asyik perisa coklat je... kali ni buat kek apple pulak. Sedap juga kek ni. Moist sangat...Saya nak berkongsi resepi ni kalau sesiapa yang nak cuba buat.
Bahan-bahan
2 biji epal
200g mentega-suhu bilik
150g gula halus + 2 sudu besar gula
4 biji telur
200ml fresh cream/whipping cream
300g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C
Bahan-bahan
2 biji epal
200g mentega-suhu bilik
150g gula halus + 2 sudu besar gula
4 biji telur
200ml fresh cream/whipping cream
300g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C
Muffin Door Gift
Subscribe to:
Posts (Atom)